04 November 2010

karnival pengantin shah alam 2010

berita baik lagi untuk semua bakal pengantin yang bakal menamatkan zaman bujang. tentu banyak pilihan dan diskaun $$$ yang dapat diperoleh. kepada yang banyak masa terluang, almaklumlah tengah cuti panjang hujug minggu ni sempena deepavali kan.. bolehla ringankan kaki melangkah ke sacc ni pada 5-7november2010. selamat menjamu mata ;)

21 October 2010

johor wedding & beauty fair 2010


berita baik untuk bakal pengantin dari selatan. sekarang anda akan mempunyai lebih banyak pilihan daripada expo pengantin ni. jangan lupa kunjungi mesti banyak kelebihan dan diskaun yang boleh dapat sepanjang expo. sayangnya saya tak boleh pergi sebab ada komitmen yang lebih penting. harap tahun depan akan dianjurkan lagi.

johor wedding & beauty fair 2010
expo danga city mall
22-24 oktober 2010

26 September 2010

lapan ke sepuluh oktober

walaupun hari berkahwin belum dirancang, tak salahkan kalau mahu ke sini mencuci mata?
boleh ajak sepupu-sepupu yang berkoyan nak kahwin dan juga rakan-rakan...jom jom!

sebelum terlambat,
selamat hari raya aidilfitri kamu semua
semoga aidilfitri kali ini membawa seribu makna
aidilfitri 30 hari kan ;)

13 August 2010

homestay batu pahat

assalamualaikum..

hari ni dah hari ketiga bulan ramadhan. selamat menyambut ramadhan al-mubarak. semoga amalan  kita diterima dan dilipatgandakan pahala olehNya. insyaAllah. amin.

hari ni nak kenalkan satu atau dua website yang boleh jadi rujukan untuk yang bakal berkahwin di batu pahat. untuk majlis bertandang ke kan. tak pun untuk majlis konvo pun boleh juga. selalunya kan kalau orang buat majlis bertandang, akan datang berkereta-kereta ada yang sampai bawak rombongan dengan bus lagi.

untuk yang budget berlebih-lebih, boleh la duduk kat hotel yang ada kat batu pahat ni. nanti akan senarai. selain hotel, mesti orang akan cari homestay sebagai alternatif kan. lebih mesra kalau dengan family ramai-ramai.



Kampung Sarang Buaya
Haji Naim Borhan
Kampung Sarang Buaya
Pos Merah Batu Pahat
83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4162396



Homestay Parit Bugis , Muar 
Kg. parit Bugis,
Jalan Yusof Semerah,
Batu Pahat, Johor
83600
Johor
Phone: 013 - 774 4244
Fax: 07 - 416 1700

04 August 2010

countdown ticker

assalamualaikum..

selalu kalau visit blog b2b mesti ada wedding ticker yang macam-macam...so far yang saya berkenan ada dekat sini. tapi dekat blog ni belum boleh letak lagi sebab belum ada tarikh yang tetap. ;)

yang selalu orang letak yang simple ade kat sini. tapi yang ni macam dah selalu sangat nampak.

20 July 2010

penting: wali

jom belajar tentang munakahat arini...nak buat persediaan kawen bukan setakat kena tau cari vendor paling murah, pelamin paling cantik, syoping di indonesia atau baju paling meletup. benda asas tentang perkahwinan yang sah kena tau jugak kan..


rukun perkahwinan
calon suami
calon isteri
wali
dua orang saksi
ijab qabul

Dari hadith Nabi saw: 
“Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”. (Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

syarat sah menjadi wali




islam
baligh (sekurangnya sudah 15tahun)
berakal (orang gila, mabuk dan bodoh tidak sah)
lelaki
adil
merdeka

susunan wali
bapa kandung
datuk sebelah bapa ke atas
saudara lelaki seibu sebapa
saudara lelaki sebapa
anak saudara lelaki seibu sebapa
anak saudara lelaki sebapa
bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
bapa saudara sebelah bapa sebapa
anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
bapa saudara seibu sebapa
bapa saudara bapa sebapa
anak lelaki bapa saudara seibu sebapa
anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
bapa saudara datuk seibu sebapa
bapa saudara datuk sebapa
anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
muktiq (tuan  kepada hamba perempuan yang dibebaskan)
sekalian asabah kepada seorang muktiq
raja/sultan.

susunan wali kena ikut tertib. kena ikut susunan baru sah. cuba la dapatkan sebaik-baiknya mengikut susunan tu. perkahwinan ni penting dalam islam sebab melibatkan sahsiah keturunan.


rujukan: sini

15 July 2010

mahu chantique?

zafira beauty centre
86-A, jln soga, 83000 batu pahat (belakang pasraya the store)
07-4327937 | 012-7707021

pakej 
promosi pengenalan tummy wrapping rm28
rawatan muka
rawatan badan
intensive facial treatment
pakej badan (spa)
pakej slimming
pakej a
pakej b
pakej pengantin


bello spa

pakej
rangkaian rawatan wajah
rangkaian urutan badan
rangkaian spa badan
rangkaian rawtan perlangsingan
rawatan raja sehari




12 July 2010

satu sahaja

lagi dan yang terakhir untuk review karnival pengantin 2010 batu pahat

rne design

roslifotocun



kalau tengok gambar yang atas sekali tu, ada macam-macam produk yang diorang tunjuk. ada dua meja untuk kad sahaja dan satu kabinet tunjuk paper bag dan cenderahati. masa sampai booth ni, ada couple tengah negotiate and close deal kot sebab macam tengah isi borang. jadi di entertain oleh cik perempuan dalam gambar tu. tapi malangnya tak berapa nak dengar sebab orang karaoke. ada dua jenama dekat booth ni. yang dengar cik perempuan tu cakap kalau ambil ngan diorang, free banner. tapi saya tak suka banner kawen. 


click the snap button

sekitar karnival pengantin untuk fotografi

pertama
little shutter




suka sangat! saya ni jenis yang susah jatuh cinta dengan hasil fotografi. bukan la sebab tahu secara faktanya tentang lighting angle dan ape-ape lagi. tapi tengok dan nilai dari mata hati dan akal saje. dan saya suka dengan mereka. sampai kat booth ada sorang je yang cik perempuan tu. dia terangkan dengan best tapi sebab booth dia dekat dengan speaker, ada rasa tertekan sikit nak dengar. tambah pula masa dia terangkan tu tengah ada suara sumbang karaoke. macam tak sesuai je nak buat karaoke sebab yang datang karnival tu mesti nak dengar penerangan. bila jadi macam tu susah nak dengar. dan saya memang tak mahu dengar anda nyanyi kalau suara tak seperti datuk siti atau aizat. hah melalut. tak lama lepas yang cik perempuan tu beri penerangan, yang encik lelaki pula sampai. die terangkan lagi. sangat friendly. hasil juga cantik sekali. ;)

fadlijhmalek.tumblr.com - ni hasil yang encik lelaki dalam gambar

kedua
classic studio production








tak sempat nak usha what's happening sebab masa lalu tu booth tu tengah ramai orang. macam-macam yang ada kat booth tu interms of photography la. banyak contoh hasil-hasil yang diorang da pernah buat tapi saya tak dengar penerangan sebab tak berapa nak jatuh cinta dengan mereka




butik pengantin

sekarang akan review butik pengantin yang ada masa karnival pengantin 2010 di batu pahat ye
bersedia?haha

pertama
butik pengantin twins collection, batu pahat





pr skills baik. bila approach je booth, diorang akan explain and just let u enjoy urself browsing to the photos and all. baju yang di display pun cantik. mungkin sebab saya suka idea baju kawen warna putih jadi cepat la tertarik. twins collection ni la yang anjurkan karnival ni kalau tak salah. diorang adabuat pelamin kat pentas utama tapi, not my favorite la guna wrought iron ni. serabut dan rasa macam out of trend je guna wrought iron ni. oh, tapi diorang ada juga yang guna tiang-tiang dan frame kayu tu. dan bila diorang guna tiang-tiang dan frame kayu tu la saya rasa rekaan pelamin mereka paling cantik. sayangnya yang di letak atas pentas utama tu guna wrought iron. tak menarik minat langsung. orang lain mungkin. ;)


kedua
de'kraton bridal house, rengit






pr so and so. tapi tertarik nak pergi booth ni sebab cantik. staf yang ada seorang je masa tu tapi dia ada la bagi flier dan terangkan sikit2. tak tengok sangat album-album. tapi diorang bawa banyak juga untuk tengok-tengok. tak tahu kenapa masa tu macam tak minat nak tengok. kat booth ni juga ada satu desk yang tunjuk hasil fotografi. dan tak tengok juga. nampak macam mengikut trend tapi tiada website, tak boleh nak siasat. ;(

ketiga
stylish bridal image, yong peng






kalau tengok dari baju-baju tu, ok lah juga. tapi pr not so good. bila saya berdiri dekat dengan booth, tak ada yang approach. jadi malas nak tengok hasil kerja daripada album-album tu semua. website pun tiada. tak boleh siasat. fliers pun banyak spelling mistakes

karnival pengantin 2010 di batu pahat


hari sabtu ke the summit batu pahat untuk tengok karnival pengantin yang pertama kalinya diadakan di batu pahat. terima kasih kepada pihak penganjur yang telah berusaha mengadakan karnival macam ni. terutama dalam masa-masa 'dah boleh' kawen ni. pergi dengan harapan tak menggunung sebab tahu tak boleh mengharapkan karnival macam yang selalu kat mid valley tu. tapi tak sangka pula semacam ini sambutan daripada yang mengambil bahagian. cuma ada lebih kurang 6 booth saja yang berkaitan dengan perkahwinan. 3 booth andaman, 2 booth fotografi dan 1 booth kad jemputan. 3 lagi booth slimming, 1 booth cadar pengantin dan 1 booth hartanah. kenapa tak banyak lagi yang ambil bahagian? kawasan tak cukup besar ke atau tak ramai yang tahu. walau apa pun, satu usaha yang baik dan harap dapat diteruskan dengan lebih banyak penyertaan daripada pelbagai pihak supaya lebih banyak pilihan dan lebih meriah selain dapat membantu perniagaan.

02 July 2010

setel kahwin

khas untuk bakal pengantin yang ada masa lebih kurang setahun untuk merancang perkahwinan, dan tidak tahu bagaimana nak mula, bolehlah cuba ke setelkahwin.com untuk memudahkan keroje. dalam setelkahwin ni macam-macam kemudahan yang ada cuma perlu daftar dulu untuk mendapatkan khidmat percuma mereka. tapi jangan lupa daftar dulu ye.

Langkah 1: klik daftar


Langkah 2: isi butiran peribadi dengan lengkap dan klik sertai sekarang


Langkah 3: sahkan notifikasi emel

siap! mari jelajah

 
dashboard


aplikasi senarai semak


aplikasi belanjawan

selain dua aplikasi yang sangat membantu, ada juga disediakan senarai vendor, inspirasi dan komuniti. setelah mendaftar, anda boleh layari setelkahwin dengan senang hati. majlis perkahwinan pun pasti berpuas hati ;)

selamat meneroka!

29 June 2010

senarai semak/checklist hari perkahwinan

  1. kosongkan fikiran serta nikmati masa untuk bersendiri sebelum upacara akad dilakukan
  2. meminta restu ibu dan ayah sebelum bernikah dan mohon maaf serta halalkan semuanya
  3. mengadakan majlis khatam Al Quran pada sebelah pagi bagi yang beragama Islam
  4. jangan terlalu memikirkan tentang perjalanan majlis kerana ada orang yang bertanggungjawab
  5. bertenang dan senyum 
  6. luangkan sedikit masa untuk bertegur sapa dan berterima kasih kepada tetamu semasa majlis resepsi
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april 2010

kebanyakan daripada senarai semak/checklist ini di rujuk/diolah daripada majalah nona keluaran april 2010 namun begitu terdapat beberapa penambahan lain yang dirasakan perlu

senarai semak/checklist seminggu sebelum majlis

  1. pastikan cenderahati/door gift sudah disiapkan
  2. kemas kawasan rumah sekiranya majlis diadakan di rumah
  3. berehat dan yakinkan diri dan pasangan anda semuanya beres
  4. pastikan semuanya berjalan dengan lancar
  5. lantik seorang ahli keluarga atau yang boleh dipercayai untuk meneliti kelancaran acara
  6. kumpulkan segala hantaran yang telah siap
  7. berkemas untuk berbulan madu dan memastikan segala sudah disiapkan dan mencukupi
  8. pastikan sekali lagi semua pesanan yang telah dilakukan 
  9. berinai pada malam hari sehari sebelum majlis pernikahan
  10. sediakan duit baki bayaran kepada seorang bendahari yang dilantik untuk menyelesaikan bayaran kepada vendor
  11. hubungi semua yang terlibat dengan majlis untuk mengingatkan tentang hari perkahwinan yang akan berlangsung 
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april 2010

senarai semak/checklist 2-3 minggu sebelum majlis

  1. senarai acara telah ditetapkan, buat salinan dan edarkan kepada orang-orang penting majlis
  2. maklumkan jumlah tetamu yang tekini kepada pihak hotel atau katering
  3. tetapkan semua pesanan dan detail untuk bunga, sewa kenderaan, juru foto, juru video, dekorasi, kek, band musik dan lain lain
  4. buat susun letak pelamin, kerusi meja, kanopi serta lain-lain yang dirasakan perlu
  5. mencuba pakaian pengantin lengkap dengan aksesori
  6. periksa ukuran, keselesaan dan sebagainya untuk di alter sekiranya perlu
  7. pastikan pakaian pengapit pengantin lelaki dan wanita seragam dengan konsep majlis nanti
  8. biasakan menggunakan kasut yang akan dipakai pada hari perkahwinan
  9. siapkan dan kemaskan barang-barang yang diperlukan untuk dibawa ke rumah mertua
  10. siapkan bilik pengantin dengan dekorasi yang sesuai 
  11. siapkan tanda arah untuk ke tampat majlis berlangsung
  12. lakukan urutan badan dan spa untuk menaikkan seri pengantin
  13. lakukan rawatan rambut agar mudah diurus pada hari majlis berlangsung
  14. lakukan rawatan muka supaya bertenaga dan tidak lesu serta berseri
  15. lakukan rawatan manicure dan pedicure
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april 2010

senarai semak/checklist 4-5 minggu sebelum majlis

  1. mula mengedarkan kad jemputan
  2. mengambil cincin perkahwinan yang ditempah
  3. menukar mata wang asing/memesan traveller cheque sekiranya berbulan madu di luar negara
  4. semua yang bertanggungjawab untuk melancarkan majlis mula memainkan peranan dalam proses terakhir
  5. buat semakan senarai semak/checklist untuk memeriksa semua sudah ditempah dan dilakukan
  6. berjumpa dan berbincang dengan juru foto tentang konsep dan kehendak gambar kenangan pada majlis perkahwinan
  7. berjumpa dan berbincang dengan juru video tentang konsep dan kehendak video kenangan pada majlis perkahwinan
  8. pastikan dulang hantaran serta barang hantaran sudah siap mengikut ketetapan
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april 2010

senarai semak/checklist 6-8 minggu sebelum majlis

  1. semak senarai tetamu yang akan diundang
  2. atur pengiriman kad jemputan perkahwinan
  3. semak urusan dengan jabatan agama, juru nikah, saksi dan mereka yang terlibat dalam majlis pernikahan
  4. tetapkan menu makanan untuk hidangan tetamu dengan pihak katering
  5. cuba untuk adakan sesi percubaan makanan
  6. cuba untuk adakan sesi percubaan make up dan dandanan rambut dengan mak andam/jurusolek pilihan
  7. mula selesaikan cenderahati/door gift untuk tetamu
  8. mula membeli kasut dan aksesori 
  9. susun muzik/lagu yang bakal didendangkan semasa majlis
  10. berbincang dengan pengerusi majlis/pengacara majlis/floor manager tentang perjalanan majlis
  11. adakan perbincangan dengan DJ dan pihak pengurus PA sistem tentang perjalanan majlis
  12. lakukan persiapan terakhir untuk semua kelengkapan
  13. sediakan jadual tugas dan jadual perjalanan majlis untuk mereka yang terlibat terutama keluarga
  14. buat jadual penerimaan beserta senarai semak/checklist bagi memudahkan proses penghantaran daripada segala tempahan
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april 2010

senarai semak/checklist 2-3 bulan sebelum majlis

  1. ikuti kursus kahwin 
  2. mendaftar di pejabat kadi serta isi segala borang yang diperlukan dan dokumen
  3. sertakan bersama surat akuan bujang yang disahkan dengan cap syarikat tempat bekerja
  4. dapatkan tandatangan juru nikah atau wakilnya yang disahkan
  5. bawa dua orang saksi semasa mendapatkan tandatangan juru nikah atau wakilnya
  6. buat pemeriksaan kesihatan yang diperlukan seperti ujian HIV
  7. mohon untuk bercuti untuk jangka masa yang dirasakan sesuai dan lebih awal
  8. beritahu ketua tempat bekerja tentang perancangan anda ingin berkahwin
  9. siapkan semua kerja/serah tugas supaya tidak tergendala dan menyusahkan menjelang hari perkahwinan
  10. pastikan segala urusan untuk percutian bulan madu telah diselesaikan seperti pasport jika perlu
  11. lakukan fitting dengan pereka pakaian perkahwinan anda
  12. selesaikan barang hantaran
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april2010

senarai semak/checklist 4-5 bulan sebelum majlis

  1. tempah masa dan tempat anda bernikah dengan juru nikah
  2. buat tinjauan dan rujukan awal tentang harga dan rekaan kad jemputan
  3. untuk mendapatkan khidmat mak andam/perancang perkahwinan idaman, bertindaklah awal
  4. menentukan tema warna baju dan bunga tangan yang sesuai dan menepati citarasa
  5. menempah pakaian pengantin
  6. sediakan sama ada menyewa atau membeli pakaian untuk pengapit
  7. tetapkan dekorasi ruang majlis mengikut kesesuaian dan tema
  8. tetapkan dekorasi/pilihan pelamin mengikut kesesuaian, teama serta busana
  9. maklumkan tema pakaian kepada seluruh ahli keluarga
  10. hubungi dan tempah juru foto/juru video
  11. jika perlu, tempah/pastikan kenderaan pengantin
  12. pilih dan tempah kek pengantin
  13. pilih pengerusi majlis/pengacara majlis/floor manager supaya majlis lebih teratur
  14. tempah PA sistem untuk memainkan lagu-lagu cinta pilihan anda
  15. pilih dan lantik DJ yang boleh memenuhi citarasa anda
  16. tempah kumpulan kompang
  17. tempah kumpulan gamelan/zapin/caklempong/tradisional 
  18. jemput penari/penyanyi jemputan
  19. mencari serta menempah cincin kahwin untuk majlis nikah
  20. beli barang hantaran mengikut kemampuan
  21. ikuti diet seimbang dan senaman agar lebih bertenaga dan sihat
  22. semak destinasi bulan madu yang dipilih
  23. pastikan tempahan sudah dilakukan
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april 2010

senarai semak/checklist 6-12 bulan sebelum majlis

sebagai permulaan, senarai semak ialah benda utama yang perlu bakal pengantin tahu.mari mula dari setahun ke 6 bulan sebelum berkawen,apa yang perlu dibuat.

[maaf blogger tak pandai nak buat senarai semak yang boleh di download untuk kemudahan sekalian umat.jadi sila copy paste saja jika mahu]



  1. tetapkan hari dan tarikh bila anda akan berkahwin
  2. pastikan tarikh yang dipilih tidak bercanggah dengan sebarang acara penting keluarga atau pejabat
  3. tentukan bajet perbelanjaan dan kos anggaran segala persiapan perkahwinan
  4. kongsi simpanan dengan pasangan agar kewangan lebih cepat berganda ;)
  5. sediakan 'checklist' untuk memudahkan anda merujuk segala persiapan dari awal hingga akhir - tadaaa!!
  6. lantik seseorang yang anda percayai untuk membantu merancang majlis idaman anda
  7. tetapkan tema perkahwinan yang diidamkan selama ini *cewah* tetapi yang mengikut kesusuaian anda dan keluarga
  8. tentukan bilangan tetamu yang akan diundang semasa hari bahagia
  9. tempah segera tempat majlis nikah/resepsi sekiranya tidak mengadakan majlis di rumah
  10. buat keputusan untuk memilih catering dan menu 
  11. sediakan senarai nama tetamu untuk anggaran tempahan kad
  12. pilih siapa yang akan menjadi pengapit wanita dan lelaki yang akan bertindak sebagai PA pada hari majlis
  13. berkunjung dan berjumpa dengan pereka pakaian pengantin, tentukan serta pilih pakaian pengantin
  14. jaga adat serta pantang larang menjelang hari bahagia
  15. amalkan diet sihat dan seimbang agar sihat menjelang hari perkahwinan
  16. kurangkan aktiviti sosial
  17. kawal belanja seharian, menabung lebih baik
  18. rancang percutian bulan madu ke destinasi idaman.
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain

rujukan: nona april 2010