sebagai permulaan, senarai semak ialah benda utama yang perlu bakal pengantin tahu.mari mula dari setahun ke 6 bulan sebelum berkawen,apa yang perlu dibuat.
[maaf blogger tak pandai nak buat senarai semak yang boleh di download untuk kemudahan sekalian umat.jadi sila copy paste saja jika mahu]
- tetapkan hari dan tarikh bila anda akan berkahwin
- pastikan tarikh yang dipilih tidak bercanggah dengan sebarang acara penting keluarga atau pejabat
- tentukan bajet perbelanjaan dan kos anggaran segala persiapan perkahwinan
- kongsi simpanan dengan pasangan agar kewangan lebih cepat berganda ;)
- sediakan 'checklist' untuk memudahkan anda merujuk segala persiapan dari awal hingga akhir - tadaaa!!
- lantik seseorang yang anda percayai untuk membantu merancang majlis idaman anda
- tetapkan tema perkahwinan yang diidamkan selama ini *cewah* tetapi yang mengikut kesusuaian anda dan keluarga
- tentukan bilangan tetamu yang akan diundang semasa hari bahagia
- tempah segera tempat majlis nikah/resepsi sekiranya tidak mengadakan majlis di rumah
- buat keputusan untuk memilih catering dan menu
- sediakan senarai nama tetamu untuk anggaran tempahan kad
- pilih siapa yang akan menjadi pengapit wanita dan lelaki yang akan bertindak sebagai PA pada hari majlis
- berkunjung dan berjumpa dengan pereka pakaian pengantin, tentukan serta pilih pakaian pengantin
- jaga adat serta pantang larang menjelang hari bahagia
- amalkan diet sihat dan seimbang agar sihat menjelang hari perkahwinan
- kurangkan aktiviti sosial
- kawal belanja seharian, menabung lebih baik
- rancang percutian bulan madu ke destinasi idaman.
untuk lebih menyenangkan, sila tambahkan ruang untuk senarai tarikh, vendor, tindakan serta catatan lain
rujukan: nona april 2010